Analisis EUR/USD 5-Minit
Pasangan mata wang EUR/USD meningkat pada hari Jumaat, satu pergerakan yang hampir tidak sejajar dengan latar belakang fundamental dan makroekonomi. Ingat laporan paling penting hari tersebut — Indeks PCE dan Indeks Sentimen Pengguna Universiti Michigan — kelihatan kurang menyakinkan. Sebagai contoh, nilai Indeks PCE untuk bulan November dalam terma tahunan adalah 2.8% berbanding ramalan 2.9%, tidak berubah dari Oktober. Apakah indikasi daripada ini? Secara asasnya, tiada apa-apa — indeks kekal mendatar. Begitu juga, Indeks Sentimen Pengguna meningkat daripada 71.8 kepada 74.0, yang mana sepadan dengan jangkaan. Walau bagaimanapun, peningkatan dalam metrik ini sepatutnya menguatkan dolar AS dan bukannya melemahkannya. Kami percaya bahawa latar belakang makroekonomi pada hari Jumaat tiada pengaruh sebenar terhadap sentimen pedagang.
Kenaikan pasangan ini adalah semata-mata teknikal. Menurut gambaran teknikal semasa pada carta masa setiap jam, harga gagal beberapa kali untuk menembusi kawasan 1.0340–1.0366, membetulkan ke arah garisan kritikal. Pada hari Isnin, harga mungkin melantun dari garisan ini, membawa kepada penurunan baru ke kawasan 1.0340–1.0366. Lebih banyak percubaan dibuat untuk menembusi kawasan ini, semakin tinggi kemungkinan ia akhirnya akan ditembusi. Kami masih percaya euro seharusnya terus menurun. Satu-satunya peringatan adalah bahawa keadaan mendatar atau volatiliti lemah mungkin berlaku semasa minggu cuti.
Dalam carta masa 5 minit, harga membentuk dua isyarat pada hari Jumaat. Pertama, ia melantun dari kawasan 1.0340–1.0366, membolehkan pedagang membuka kedudukan beli. Menjelang akhir hari, harga menguji garis Kijun-sen tetapi gagal memecahkannya. Walaupun membuka kedudukan jual pada ketika itu adalah satu pilihan, melakukannya sebelum hujung minggu secara amnya tidak ideal. Namun, kedudkan jual dapat dipertimbangkan pada hari Isnin.
Laporan COT
Laporan terbaru Komitmen Pedagang (COT), bertarikh 17 Disember, menunjukkan satu aliran yang jelas. Kedudukan bersih pedagang bukan komersial kekal menaik untuk tempoh yang lama, tetapi pasaran penurunan harga kini sudah menguasai. Dua bulan lalu, jumlah kedudukan jual terbuka oleh pedagang profesional meningkat mendadak, menyebabkan kedudukan bersih menjadi negatif buat kali pertama. Ini menunjukkan bahawa euro kini dijual lebih kerap daripada dibeli.
Kami masih tidak melihat faktor fundamental yang menyokong pertumbuhan euro, dan analisis teknikal menunjukkan pengukuhan harga — secara asasnya, pasaran mendatar. Pada jangka masa mingguan, jelas bahawa sejak Disember 2022, pasangan tersebut telah diniagakan dalam lingkungan 1.0448–1.1274. Oleh itu, penurunan selanjutnya lebih mungkin berlaku. Penembusan di bawah 1.0448 akan membuka peluang baharu untuk kejatuhan yang lebih mendalam.
Garis merah dan biru pada carta COT telah bersilang dan menukar kedudukan relatif mereka, yang menandakan aliran pasaran menuurun. Pada minggu pelaporan terbaru, bilangan kedudukan beli dalam kumpulan Bukan-komersial berkurang sebanyak 4,700, sementara kedudukan jual berkurang sebanyak 14,400. Hasilnya, kedudukan bersih meningkat hampir 10,000, tetapi ini tidak mengubah keseluruhan aliran menurun.
Analisis 1-Jam EUR/USD
Pada carta setiap jam, pasangan itu telah menyelesaikan pembetulan tiga minggu dan menyambung semula pergerakan menurunnya. Memandangkan pendirian yang sangat agresif oleh Rizab Persekutuan, kami percaya kejatuhan ini boleh berterusan dalam beberapa hari akan datang. Fed mungkin hanya akan mengurangkan kadar 1-2 kali pada tahun 2025, yang jauh lebih agresif daripada apa yang telah dijangka oleh pasaran. Kami masih percaya tiada asas untuk kenaikan ketara dalam euro.
Untuk 23 Disember, kami mengetengahkan tahap dagangan berikut: 1.0269, 1.0340–1.0366, 1.0485, 1.0585, 1.0658–1.0669, 1.0757, 1.0797, 1.0843, 1.0889, 1.0935, serta Garis Senkou Span B (1.0541) dan Garis Kijun-sen (1.0440). Garis penunjuk Ichimoku mungkin beralih sepanjang hari, yang perlu diambil kira apabila mengenal pasti isyarat dagangan. Jangan lupa untuk menetapkan Stop Loss kepada titik pulang modal sekiranya harga bergerak 15 pip ke arah yang betul. Ini akan melindungi daripada potensi kerugian jika isyarat itu ternyata palsu.
Tiada peristiwa atau laporan penting dijadualkan sama ada di zon Eropah atau Amerika Syarikat pada hari Isnin. Oleh itu, kami tidak menjangkakan pergerakan yang kuat. Harga mungkin secara beransur-ansur bergerak kembali ke kawasan 1.0340–1.0366.
Penerangan Ilustrasi:
Tahap Sokongan dan Rintangan (garis merah tebal): Kawasan utama di mana pergerakan harga mungkin terhenti. Bukan sumber isyarat dagangan.
Garis Kijun-sen dan Senkou Span B: Garis penunjuk Ichimoku yang dipindahkan dari carta masa H4 ke carta setiap jam, berfungsi sebagai tahap yang kukuh.
Tahap Ekstrem (garis merah nipis): Titik di mana harga sebelum ini telah melantun. Ia boleh menjadi sumber isyarat dagangan.
Garis Kuning: Garis aliran, saluran, atau corak teknikal lain.
Penunjuk 1 pada Carta COT: Menunjukkan saiz kedudukan bersih bagi setiap kategori pedagang.